Assalamualaikum.
Macam yang saya cerita kat SINI, Alhamdulillah saya dah disahkan mengandung. Masih awal lagi. Minggu ni baru masuk minggu keenam. Saya disahkan pregnant pada minggu ketiga! Macam mana saya leh tau mengandung seawal tu? Meh nak share tanda-tanda yang saya dapat.
- Seminggu sebelum tarikh period saya & suami demam teruk. Serentak.
- Sebelum tarikh period saya patut muncul ( 30 Jun 2014) saya sakit pinggang. Saya anggap biasa sebab masa nak period memang ni tanda saya dapat selalunya.
- Perut sentiasa buncit. Macam masuk angin. Saya jenis sekeping, tak pernah lagi buncit. Kalau buncit kenyang kejap tu adala. Tapi lepas membuang mesti kempis balik. Kali ni tak. Buncit je memanjang.
- Kurang buang air besar/sembelit.
- Perut rasa keras dari biasa kalau tekan pakai jari.
- Perut rasa memulas macam tanda sebelum period tapi period tak muncul-muncul.
- Period lewat!
So bila dah lewat period tu gatal la nak cek. Mulanya cek on 1 Julai. Keluar 1 line saja. Hampa. Tapi masih yakin there's sumone in my tummy. He. Esok lusa tulat cek lagi. Alhamdulillah. Ada 2 line. Makin terang pulak. Bagi yang plan nak baby tu, bole tengok-tengok sign macam kat atas ni. Mana tau rezeki kan? Kalau tau awal, bole kita jaga diri lebih lagi. Ubat-ubatan pun tak bole ambik suka ati. Nanti saya share alahan mengandung pulak. Eh. Dah nak raya ni. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Doakan saya & baby ni sihat2 saja ya. Amin.. =)