Nuffnang Ads

Wednesday 23 April 2014

PERCAYA JANJI ALLAH UNTUK YANG INGIN BERKAHWIN

Assalamualaikum..


Mula-mula masa rancang nak mendirikan rumahtangga dulu, memang saya & ejan pening. Sebab kitorang kerja pun taraf kontrak. Bila-bila masa boleh dihentikan/ditamatkan kontrak. Sama-sama berkhidmat bawah 1 jabatan. Dengan jawatan & gaji yang sama. Memang terdetik, cukup ke gaji nanti? Masa bujang pun rasa macam kurang. Lagipun ejan kerja kat daerah lain. Tapi kitorang decide nak teruskan perancangan majlis. Tak nak tunggu dapat kerja tetap. Nak tunggu cam mana kan? Tak tau pun bila akan dapat kerja tetap. Kitorang nekad kumpul duit dengan gaji yang ada. Saya ubah sepenuhnya cara berbelanja. Kalau dulu hobi saya shopping online. Tapi pas decide nak kahwin semua pembelian barang-barang yang tak perlu saya stop.. Alhamdulillah dipermudahkan, dengan simpanan yang ada majlis berlangsung 29 Mac lepas.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Wahai pemuda, sesiapa antara kamu mampu berumah tangga, maka kahwinlah kerana perkahwinan itu dapat melindungi mata dan kemaluan daripada dosa. Sesiapa belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu syahwat.” (Riwayat Muslim)


Sebelum majlis kitorang berlangsung, ejan ada hantar resume kat satu company kat Sibu. Memandangkan kontrak kitorang akan tamat pada 17 April 2014, dia ikhtiar cari kerja kat tempat lain sebab status kontrak akan disambung atau tidak masih belum ada jawapan hingga ke hari ini =( (doakan kontrak saya dilanjutkan ye. Amin) Beberapa hari pas dia hantar resume, company tu pun call suruh turun interview =) Masa ni ejan memang semangat. So, dia g interview pada 19 mac, 10 hari sebelum majlis kitorang ;)


Hari berganti hari (ayat skema) haha. Tak jugak dapat apa-apa feedback dari company tu. Kitorang pun dah macam, mungkin takde rezeki.. Takpe.. Sebab tak sabar tunggu lagi, ejan pun call company tu on 31st Mac. Haha. Konon nak tanya keputusan interview. Jawapan diorang :


Ejan : Selamat pagi. Saya Hafizan yang datang interview hari tu.. Boleh saya tau status keputusan interview tu macam mana.. Dah ada yang dapat tak. Heheh.
Company : Selamat pengantin baru ( tau dia baru kawen.haha) Buat masa ni kitorang belum ada sebarang keputusan sebab tunggu HQ Putrajaya bagi feedback. Don't worry, nanti kitorang inform kalau ada apa-apa.
Ejan : Ooo..ok..takpe la..TQVM.. (hampa da masa ni.haha)


Kalau dengar dialog tu pun macam memang tak dapat la kan. So, kita pun berhenti berharap. Walaupun sebelum ni kawan saya g tau yang dia dapat job tu, dia dapat info dari SIL dia yang keja situ. Tapi da dengar jawapan macam tu, kita pun tak nak la harap sangat. Lagipun sampai la semalam masih tak dapat pun call dari company tu.


Hari ni 23 April 2014. Pagi-pagi jam 830 ejan call saya. Kasi berita gumbira. HQ company tu call bagi tau yang dia dapat job tu!!! I was like. OMG. Betol??? (Rasa nak jerit tapi kat ofis, so tahan dulu.haha) Ejan pun cakap, betol la.Diorang suruh report duty 2 Mei 2014.. Alhamdulillah. Rezeki selepas kahwin. TQ to our parents, family, friends, yang tolong doakan. Alhamdulillah.


Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.





* ada yang cari barang kahwin murah? tengok sini Barang Kahwin Pre Loved for Sale
















4 comments:

Nuriesya Nadia said...

Alhamdulillah , minta2 jalan kita pun sama dipermudahkan macam awak. :)

Mrs NurulAsyraf said...

Alhamdulillah tahniah ..
kita pun tgh menunggu peluang kerja yang lebih baik..

Unknown said...

nadia : insyaAllah..amin.. =)

miss hidy : tqvm..samala kita..huhu.ssh btol nak dpt keja ttap skrg kn.=(

Asha Lya said...

betul tu humaira..orang kata murah rezki selepas kawin..insyallah rezki ada di mana2