Nuffnang Ads

Saturday 9 November 2013

PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK.

Assalamualaikum.

25 Oktober lepas PM kita membentangkan bajet 2014. Saya memang tunggu-tunggu pembentangan bajet tahun ni. Apa yang saya tunggu tahun ni tak sama dengan apa yang saya tunggu tahun-tahun sebelumnya. Tahun sebelum ni saya macam penjawat awam yang lain jugak, tak sabar tunggu berita bonus. Tapi tahun ni saya tunggu status Juruteknik. Dan saya tak tau apa yang saya rasa lepas pekeliling dikeluarkan.

Saya bekas pelajar politeknik & ambik diploma civil engineering yang grad pada tahun 2009. Lepas grad, saya dapat peluang jadi pelatih Program Pemerkasaan Lepasan Siswazah bertaraf sementara under kerajaan negeri Sarawak. 2 tahun saya berkhidmat di Pejabat Daerah dengan elaun RM750 sebulan bagi lepasan diploma macam saya. Saya ambik peluang ni sebab saya tau susah nak dapatkan kerja tetap. 

Alhamdulillah pada bulan Jun tahun 2011, saya dapat tawaran menjadi Juruteknik J17 under kerajaan persekutuan tapi bertaraf kontrak. Saya terima peluang ni walaupun gaji yang ditawarkan bukan mengikut kelulusan yang saya ada. Sekurang-kurangnya saya dapat bekerja di dalam bidang yang saya ambik kat politeknik.

Bila saya dengar J17 akan naik ke J29, saya bersyukur sebab at least saya akan dapat gaji ikut kelulusan awal saya. Tapi, hitam putih berita ni saya tak tau sampai pekeliling keluar. Honestly lepas baca pekeliling tu, sebagai pekerja kontrak, saya rasa saya patut risau. Kedudukan kami sebagai pekerja kontrak pun saya tak pasti.  

*printscreen dari pekeliling.click to enlarge.

* Tawaran opsyen ini tidak melibatkan pegawai lantikan sementara atau kontrak dan perkhidmatan pegawai tersebut perlu ditamatkan. Urusan pelantikan semula pegawai berkenaan akan diuruskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk memenuhi syarat skim perkhidmatan yang baru.

Saya bukan risau tak naik pangkat, bukan risau tak ditawarkan opsyen macam pekerja tetap, bukan jugak risau gaji saya masih macam sebelum ni. Tapi saya risau bila baca bahagian kontrak & sementara perlu ditamatkan perkhidmatan. So, sekarang saya tak tau status kami yang bertaraf kontrak. Yang pastinya akan ditamatkan dahulu. Lantikan semula pulak terpulang dengan ketua jabatan. Dan kalau ditamatkan berapa lama agaknya masa lantikan semula? Akan dilantik semula ke tidak? Bila akan ditamatkan? Semua nya saya tak pasti. Mohon pencerahan pihak yang lebih tahu. I am a bride to be next year. Apa nasib saya? Tunang saya juga dalam situasi yang sama macam saya. Sampai bila kami akan terus bekerja kontrak?& akan dilantik semula atau tak -_-

Doakan kami dapat terus berkhidmat ya. AMIN -_- 


No comments: